Thursday, April 9, 2009

sambungan 2...

Apakah tanda-tanda komputer anda dijangkiti

* komputer menjadi perlahan
* aturcara biasa mengambil masa untuk dimulakan
* aturcara mencapai beberapa cekera walaupun sebelumnya tidak begitu
* aturcara membuat capaian cekera dengan kerap walau sebelumnya tidak begitu
* ruang cekera berkurang dengan cepat
* jumlah sektor yang rosak bertambah
* ruang memori berkurang dengan cepat
* terdapat aturcara dalam memori yang tidak dikenali sebelumnya (guna arahan MEM)
* aturcara biasa dijalankan tiba-tiba terhenti dan rosak
* mesej pelik dipaparkan
* perkara pelik atau lawak berlaku pada komputer anda
* fail-fail tiba-tiba hilang
* fail-fail digantikan dengan kandungan aneh>
* atribut fail bertukar
* semakan menggunakan perisian anti-virus mengatakan ada virus

Apakah Yang Perlu Dilakukan Setelah Dijangkiti Virus

* bertenang
* catitkan mesej di layar paparan, jenis virus jika diketahui, fail yang dijangkiti
* imbas balik apa yang dilakukan sebelum dijangkiti
* kumpulkan disket yang berdekatan dan dari pemacu untuk disemak
* semak senarai virus dari intranet atau internet dan bandingkan mesej atau peristiwa yang berlaku
* tutup komputer
* mulakan komputer menggunakan disket anti-virus yang suci dan tidak boleh ditulis
* catit mesej tentang fail yang dijangkiti dan cuba mencucinya dari virus
* mulakan semula komputer menggunakan cekera keras
* semak semua cekera liut yang disyaki
* jika cekera liut tidak boleh dibersihkan formatkannya(fail akan hilang)
* untuk memulihkan fail cuba salin ke tempat lain menggunakan pelbagai cara
* untuk pulih dari cluster hilang laksanakan arahan chkdsk /f dan periksa fail file#### .chk
* untuk memulihkan FAT, salin FAT yang tidak rosak ke salinan utama (memerlukan utiliti Norton)
* untuk memulihkan dari kerosakan rekod boot utama MBR laksanakan arahan fdisk /mbr dan masukkan maklumat partition table secara manual.
* untuk memulihkan sektor boot dan fail io.sys serta msdos.sys, laksanakan arahan sys [d:]
* gantikan fail command.com dengan yang bersih

No comments:

Post a Comment